Disebalik Lirik Anak-Anak Kita - Karya Dato' M.Nasir
Dah hampir sebulan duk ralit layan lagu M.Nasir. I memang peminat M.Nasir dari zaman belajar. Mungkin sebab makna-makna tersirat di sebalik lagunya yang bukan je sedap untuk didengar, malahan seronok untuk dikupas. Tapi tak semua pun dapat dikupas dengan mudah. Jenuh juga la tanya encik google.
Antara lagu kegemaran I yang patriotik ni adalah lagu Anak-anak Kita. Lagu ni sangat dekat di hati dan sepatutnya menjadi satu mantera untuk orang-orang Melayu. I bukan racist melampau. I faham erti keharmonian hidup di dalam masyarakat majmuk. It's okay. Kita dah lama hidup sekali. Rukun. Tapi, sebagai orang Melayu, I rasa kita patut menjaga hak kita seadanya.
Hence the lyric: Jaga Jaga Anak Kita, Jangan Sampai Jadi Hamba
Bait-bait di dalam lirik lagu ni jelas sebuah peringatan untuk kita yang hidup agar melakukan segala yang terbaik supaya anak kita nanti bakal menjadi manusia yang ampuh. Dengan perubahan politik semasa, ekonomi dunia yang jatuh bangun mengikut trend, peningkatan masalah sosial...kita lah selayaknya melatih anak-anak kita agar mereka bersedia menempuh cabaran berat ni. Zaman kita mungkin tidak akan sama dengan zaman mereka kelak. Dugaan mereka mungkin akan lebih berat. Bait lirik - 'Order Baru Politikus Usang' pun dah beri penekanan kepada 'New World Order' yang dibanggakan oleh puak-puak barat.
Bila difikirkan semula, berat sungguh masa depan dengan segala kekacauan duniawi yang takkan henti ni. Namun, masing-masing telah tertulis ketetapan mereka yang bakal dihidangkan berdikit-dikit di setiap langkah hidup mereka.
Sekarang pun di negara kecil kita, jelas dapat kita lihat ada tangan-tangan ghaib serta suara-suara sumbang yang cuba untuk memecahbelahkan keharmonian kita bekeluarga campuran ini. Isu perkauman, isu ketidakadilan di dalam sistem pentadbiran, kebobrokan politik, kehilangan nyawa yang tidak dapat dituntut, kebangkitan isu sosial yang semakin memberat serta kekeliruan pimpinan yang menjadi virus halus yang boleh membunuh kita secara tidak langsung.
"Panggillah Mereka Pulang, Ayah Nak Ajar Tentang Kurang Ajar"
Ye, tanggungjawab kita untuk membetulkan yang tersalah ajar, dan mendidik agar tidak kurang ajar.
I rasa sempena bulan kemerdekaan ini, kita harus sedar yang kita belum merdeka andai kita tak mampu mempertahankan tanah air sendiri. Penat lelah perjuangan wira-wira dahulu jadi sia-sia jika kita hanya menjadi pengikut lesu yang dicucuk hidung. Kita tak perlu terlalu gah turun berperang, kita hanya berperang dengan kudrat sedia ada. Betulkan diri dan peribadi. Jadilah seorang manusia agar waris kita nanti menjadi berguna untuk negara.
Pupuk di dalam hati untuk tidak membenci sesama sendiri tetapi kita perlu perangi kezaliman dan ketidakadilan. Berpegang pada agama sekuatnya agar kita tahu perjuangan kita bersebab dan berpandukan keharmonian dan kedamaian.
Lebihkan usaha dan buang segala alasan di dalam hidup supaya masa yang dipinjamkan di dunia ini tidak disia-siakan untuk mengeluh di dalam kemiskinan. Keluhan tidak kemana tanpa usaha.
Sebenarnya nasihat ni untuk panduan diri sendiri juga yang selalu alpa dan leka dengan dunia. Nah, I kongsi lirik penuh bermaknya lagu Anak-Anak Kita karya M.Nasir.
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi cambah
Tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
....Nkay
a big fan of M.Nasir
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete