7 Aktiviti Untuk 'Me Time' Yang Berkualiti
Girls, pernah tak rasa u had enough of the world and people around u? And all u wanna do is escape the life u are in and just be by yourself..? I mean, as a human being, the one still breathing - yes. Semua orang pernah rasa macamtu. Kadang-kadang setiap bulan kita akan perlukan sekurang-kurangnya sehari untuk diri sendiri. Kadang-kadang bermusim, ikut mood atau stress level. Just me, myself and I.
Tapi bila dah dapat 'me time' tu, tak tau pula nak buat apa. Lepas tu, asyik duk teringat kat semua benda dan semua orang, even for a second. Worst, tak sampai hati pun nak enjoy the 'me time' sebab teringat rumah, husband & anak-anak.
Look, it's nothing wrong to have your own sweet time.
Mom, u need to give yourself some time to breath and be a normal person, not merely a robot whose job is to satisfy everyone.
Wife..yes, u. Relax, your life is not 100% dedicated to be stressed doing the non-stop laundry and house chores. Bertenang dan bagi masa untuk diri sendiri.
So, to 'me' or not to 'me'?
Kalau YES, meh sini I nak share things to do for a Me Time. Ni bukan saja dari pengalaman diri sendiri tapi kutip-kutip dari cerita kawan-kawan, some articles even some blogs. Benda boleh share, buat apa simpan?
1) Shopping
I knew it. Semua orang akan nampak aktiviti ni yang paling utama dan paling senang. U tak perlu masa yang lama. U tahu apa u nak buat, walaupun window shopping. U dah tahu tempat yang perlu dituju terutamanya kedai yang spesifik. Senang, bukan?
Tapi.....nak shopping kena ada duit, atau at least credit card balance yang mencukupi. Kalau bab ni tak lepas, mungkin kena consider aktiviti lain. Paling tidak, allocate siap-siap duit setiap bulan untuk shopping supaya senang nak enjoy nanti.
2) Travel
Waktu I buat poll untuk topik ni di Instagram, ramai yang vote Travel instead of shopping. Maknanya, ramai kaki travel dalam friend list I. Maknanya lagi, senang la nak cari geng buat travel. Atau mungkin idea-idea menarik untuk travel terutamanya dengan bajet yang rendah.
Solo Traveler pun menarik. I enjoyed it much. Tak payah nak melayan orang-orang yang banyak ragam, boleh rancang aktiviti sendiri, boleh ikut masa sendiri dan boleh layan perasaan sesuka hati. Cuma yang tak best, kos tanggung la sorang-sorang.
Untuk Me Time yang berkualiti, I suka pilih pulau sebab ada pantai. Selalunya, Langkawi lah. Buat trip 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam sekadar nak lepak tepi pantai sambil habiskan novel, minum kopi dan layan angin sepoi-sepoi bahasa. Dapatla pakej sunbathing sekali. Ala-ala mat saleh gitu.
3) Join Social Circle
Okay, yang ini depends. Kalau u nak your own sweet time, aktiviti ni tak sesuai sebab u perlu berjumpa ramai orang, mostly strangers. Tapi, kalau u sekadar nak berjauhan dengan circle-circle sedia ada (family, friends or colleagues), u boleh biasakan diri dengan social circle yang baru. Aktiviti ni best sebab u takkan bawa masalah u. Tinggalkan sekejap jauh-jauh while u are enjoying yourself.
What I always do is, I akan join aktiviti-aktiviti CSR, Beauty Workshop, Cooking class atau kelab dan persatuan yang berkaitan dengan minat I la kan. How to do it? Sekarang banyak aktiviti-aktiviti macamni kat media sosial melalui platform majalah atau skincare & make up brands. I pernah join aktiviti CSR melalui The Body Shop & Innisfree. It's fun! With minimal fee (or sometimes free), U dapat tambah circle, ilmu dan pengalaman baru.
Ni waktu I join aktiviti Beach Clean-up kat PD anjuran The Body Shop |
4) Cari Self-Entertainment
This is nothing new. Kos pun takdela besar sangat. Pernah layan konsert atau tengok wayang dan teater sorang-sorang?
Laaa...rugi la kalau tak pernah. It's cool, girls. Cuba lah.
I've tried all.Solo. Wayang tu tak payah cakap la kan. Selalu je pergi sorang-sorang. Feeling habis, beb. Tengok cerita Kungfu Panda pun boleh menangis waktu babak dia throwback pasal family dia mati kena bunuh. Sedih wey.
Konsert & Teater pun pernah. Dulu, la. Sekarang tengah berjimat sikit, jadi faham-faham je lah kan. Konsert pun dan mencapai beratus harga tiket. Teater pun dah mencecah RM100 untuk upper-circle.
Tapi kan tak semestinya nak berjimat tak boleh layan hiburan ni sorang-sorang. U apply la annual leave sehari, duduk rumah sorang-sorang dan layan NETFLIX sambil makan aiskrim, pop-corn dan junk food yang sangat tidak menyihatkan. Itu adalah nikmat. Percayalah.
Okay yang ni tak solo. Ni teman Nik dapat free tix |
5) Workout
Aduhhh. Stresss! Nak buat semua benda tapi bajet sangat ciput. Kebetulan pulak time stress tu time tengah bulan, gaji pun tak masuk lagi. Ni namanya stress berganda. Haha.
Baguslah. Doktor pesan, kalau stress sangat rajin-rajin lah bersenam. A simple workout will do. Stretch your body and muscle to release the burden it carries all this while. Breath in and out properly and scream as loud as u can (bila takde orang la).
Jogging adalah antara workout yang paling mudah dan sangat fun. Tak perlu sebarang alatan atau membership fees. Hanya perlukan tempat yang bersesuaian seperti tasik atau taman untuk beberapa pusingan yang akan memberi kepuasan maksima. Nak lagi best, join aktiviti marathon. 5km pun jadi la, yang penting dapat medal dan dapat lari. Run for your life, baby. Run!
6) Caffeine-ted Yourself
'A bad day with coffee is better than a good day without it' says a quote.
Coffee, Tea or Chocolate..name it. Have it as u please.
First, it will surely take your messy mind away for few minutes or hours. Second, it won't steal much of your time. Third, it is better to be enjoyed alone.
Aktiviti ni, nak buat setiap minggu pun boleh. Yelah, dah kalau hari-hari stress ye dak? Tapi untuk I yang memang in relationship with coffee, I tak perlu tunggu stress. Hehe.
7) Do New or Odd Thing
Okay ini yang last. Mungkin ada yang lain tapi banyak sangat pun tak terbuat. Aktiviti ni sesuai untuk orang yang nak move-on sekejap atau selamanya. Amboi, macam pengalaman sendiri je.
Cari sesuatu yang baru dalam hidup u. Cabar diri untuk ambil sedikit risiko untuk keluar dari kebiasaan. Kata nak move-on. Jangan lah buat benda-benda tak senonoh. Kang ada pulak yang tak pernah clubbing, pergi clubbing...sebab ikut tips ni. Ishhh. Positif, sistur.
What I did is.. I pergi ambil lesen diving. I know I was crazy because I hated diving so much, I even put it in the 'Things I Never Wanna Do In Life' List. Tapi, sebab I cabar diri untuk ambil sedikit risiko dalam hidup, maka I pun sampai lah di Pulau Tioman untuk ambil Open Water Diving License dengan PADI. Huh, nuts!
Alhamdulillah, with a lot of dramas dan sedikit air mata, I managed it. Takut, beb. That was extremely crazy thing ever but when u reached underneath the blue sea...Masyaallah, precious. Tiba-tiba u dapat ketenangan, hilang semua rasa takut. Bila dah dapat lesen, sorry.. I taknak diving dah kot. I akan cuba cari aktiviti lain pulak. I rasa I am too old to take too much risk.
Well, I did it. Didn't I? |
Cukup 7 aktiviti yang boleh dilaksanakan terpulang kepada masa dan bajet yang ada. Yang penting, U tak terlalu melayan stress atau lari dari masalah. Semua benda terjadi ada sebabnya. U kena hadapi dengan lebih tenang dan bijak. Cara terbaik, beri masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu push diri sendiri sampai satu tahap depress yang lebih teruk.
Banyak lagi aktiviti yang u boleh buat mengikut minat masing-masing. Contohnya, pergi Spa, bercucuk tanam, masak, keluar makan dengan kawan-kawan dan baca buku.
Just let yourself do what your heart and mind comfortable with. Okay, let's Me Time girls.
NKay
..........having Me Time Blogging
June 2019
Comments
Post a Comment