Antara

Diantara siang yang terik
Dan malam yang panjang
Aku rela berada di hujung detik
Tiap waktu yang berubah

Keliru, tak buntu
Risau, tak seriau

Di hujung saat itu
Siang bertemu malam
Hingar bertemu suram

Pabila malam menginjak pagi
Dan mata terbuka tiap hari
Disaat nyawa belum pergi
Aku bertemu diri
Anugerah sekali lagi
Untuk berjalan disesak hari

-Coffea Coffee, The Curve. 2 Mei 2017-

Comments

Popular posts from this blog

Disebalik Lirik Anak-Anak Kita - Karya Dato' M.Nasir

7 Aktiviti Untuk 'Me Time' Yang Berkualiti

Basic Skincare Routine untuk Newbie