Hada Labo Beauty Workshop 2018
Baru-baru ni dapat satu call dari unknown number. Yessss! Menang contest untuk ke Hada Labo Raya Beauty Workshop pada 13 July 2019 di The Gardens Hotel. Kali ni, special appearance adalah Make Up Artis (MUA) Syed Faizal dan selebriti - Nana.
MUA Najeeb Azami, The Model, Myself & New Friend |
Saja nak share, tahun lepas pun Hada Labo ada buat workshop macamni, di bulan yang sama, 14 Julai 2018, di One World Hotel, Damansara. I bertuah juga dapat join workshop ni, jumpa MUA Najeeb Azami, dapat kawan baru dan yang penting dapat goodies bag bernilai RM300 daripada range Hada Labo Premium Whitening.
Part yang paling best, of course the goodies bag!
Event tu separuh hari je, start dalam pukul 2.30 pm sampai 3.30 pm macamtu. Lepas tu ada macam hi-tea. Sedap pulak tu. Makanan dekat Hotel One-World memang sedap. Basically workshop ni bukanlah hands-on untuk ajar solekan satu persatu. Sekadar pengenalan kepada produk baru Hada Labo (which is good) dengan dab test untuk semua produk dan diselitkan sesi make-up demo. Lupa nama model dia tapi lawa, beb. Rasanya muka & kulit macamtu, no make-up look pun dah sesuai.
Maku-up Demo |
Sebenarnya Hada Labo Premium Whitening range ni best. Sebelum ni, I memang dah start pakai Hada Labo Facial Cleanser & Lotion untuk Hydration. Yang best pasal brand ni, dia buat complete untuk setiap jenis kulit daripada Dry, Oily hinggalah Normal Skin. Lepas tu setiap satu range ada dari Facial Cleanser, Lotion (Toner), Moisturizer (Gel & Cream) dan Essence.
I bukan skincare expert tapi rajin juga lah luaskan bacaan pasal skincare ni. I follow blogger & instagram yang berkaitan penjagaan kulit muka untuk dapat lebih banyak ilmu - untuk dapat kulit yang cantik la, of course! Muka tak cantik tapi dapat kulit cantik pun dah bersyukur ye dak?
Hada Labo start di Jepun dalam tahun 2004 macamtu. Ada yang cakap dia macam lower range product of SK II. Maklumlah, dari negara yang sama kan. Nak beli SK II tak mampu, dapat pakai brand ni pun dah cukup baik. Takdelah murah sangat. Moisturizer saja dah boleh sampai RM60 lebih. Tunggu promo di drugstore atau Hermo baru boleh beli.
All Hada Labo Premium Whitening Range |
Premium Whitening Range ni dia claim untuk kurangkan dark spots & pigmentation dan mencerahkan tona kulit. So far, produk yang diberi hari tu pun tak habis lagi - Lotion & Water Gel. Mungkin sebab pada masa yang sama I pakai Hydrating Lotion (Hada Labo juga) dan beberapa jenis moisturizer dari brand lain, maka lambat lah dia habis. Lotion dia cepat absorb dan tak melekit langsung. Water Gel Moisturizer pula betul-betul bagi kulit rasa soothing sebab tekstur dia sejuk dan cepat absorb. Tak melekit dan tak bagi kulit rasa terlalu tegang. Rasa neutral je. Highly recommended.
Nak cerita pasal skincare ni, memang best tapi nanti panjang pula ceritanya. Nanti I akan share my journey to improve my skin. Alhamdulillah, mula-mula tak rasa pun perbezaan tapi bila jumpa balik kawan-kawan lama dan dorang tegur pasal better skin, baru yakin yang sebenarnya ada juga hasil selama duk praktikkan skincare routine ni. Sekarang memang stick to simple routine day & night. Insyaallah akan tambah lagi step-step lain nanti.
Harapnya workshop kali ni Hada Labo akan perkenalkan produk range yang baru - Kouji. Kouji ni adalah beras. Produk ni ekstrak daripada Japanese Rice yang ada kandungan vitamin, asid amino dan bahan-bahan yang boleh melembapkan kulit. SK II tu pun sebenarnya asal daripada ekstrak beras. Nampak tak? Mungkin Kouji range ni akan setanding dengan Pitera dari SK II? Tak sabar nak test.
Apa-apa pun, lepas pergi workshop baru boleh update. Alangkah indahnya kalau dapat goodies bag full of Kouji Products. Siapa nak free? Tahun lepas I bagi free untuk yang Oily Skin sebab I hanya pakai untuk yang Dry Skin. Tungguuuuu...
Jap, nak selit post MUA Najeeb Azami kat IG dia. Hehehe.
Sekian.
Nkay
..........I is tak sabar
Jun 2019
Comments
Post a Comment