Disebalik Lirik Anak-Anak Kita - Karya Dato' M.Nasir
Dah hampir sebulan duk ralit layan lagu M.Nasir. I memang peminat M.Nasir dari zaman belajar. Mungkin sebab makna-makna tersirat di sebalik lagunya yang bukan je sedap untuk didengar, malahan seronok untuk dikupas. Tapi tak semua pun dapat dikupas dengan mudah. Jenuh juga la tanya encik google. Antara lagu kegemaran I yang patriotik ni adalah lagu Anak-anak Kita. Lagu ni sangat dekat di hati dan sepatutnya menjadi satu mantera untuk orang-orang Melayu. I bukan racist melampau. I faham erti keharmonian hidup di dalam masyarakat majmuk. It's okay. Kita dah lama hidup sekali. Rukun. Tapi, sebagai orang Melayu, I rasa kita patut menjaga hak kita seadanya. Hence the lyric: Jaga Jaga Anak Kita, Jangan Sampai Jadi Hamba Bait-bait di dalam lirik lagu ni jelas sebuah peringatan untuk kita yang hidup agar melakukan segala yang terbaik supaya anak kita nanti bakal menjadi manusia yang ampuh. Dengan perubahan politik semasa, ekonomi dunia yang jatuh bangun mengikut trend, peningkat...