Semak Laporan CCRIS Secara Online

Minggu lepas waktu pergi meeting kat BNM, singgah kejap dekat BNMLINK untuk buat semakan kredit. BNMLINK ni sebenarnya adalah Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat, dan ianya dibuka untuk orang awam. Boleh dikatakan, satu pusat informasi untuk sesiapa yang nak tahu berkenaan khidmat nasihat berkaitan kewangan termasuklah untuk peniaga-peniaga PKS (SMEs).

Okay, berbalik kepada semakan laporan kredit, waktu nak check CCRIS kat kiosk tu baru perasan rupanya dah boleh check CCRIS online. Mungkin ramai dah tahu kot tapi I baru tahu sejujurnya. So, I pun terus daftar akaun I supaya lepas ni dah tak perlu datang sini untuk semak laporan CCRIS. 

Apa pentingnya semakan kredit ni? Selalunya kita akan semak kredit hanya untuk membuat pinjaman baru dengan Bank atau Institusi Kewangan. Sebenarnya, selain bertujuan sebagai dokumen tambahan untuk sesuatu permohonan pinjaman, CCRIS atau Central Credit Reference Information System juga penting untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan kita. Ini kerana, di dalam laporan kredit tersebut terdapat maklumat seperti tunggakan kredit yang akan ditunjukkan dalam masa 12 bulan, serta komitmen-komitmen kredit sedia ada daripada semua institusi kewangan yang telah kita pohon. Jadi, dari situ kita boleh lihat kelayakan kita untuk membuat pinjaman baru berdasarkan komitmen kredit sedia ada. CCRIS juga sebenarnya akan menunjukkan status pinjaman terbaru kita samada telah diluluskan atau masih dalam proses.

Okay, kali ni I nak kongsi cara-cara untuk menyemak laporan kredit CCRIS secara online.

1-
Dapatkan nombor PIN daripada kiosk di Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Pejabat BNM atau pejabat AKPK yang berdekatan. Daftar penggunaan akaun eCCRIS di Self-Service Kiosk yang disediakan, dan satu SMS beserta PIN akan dihantar ke telefon bimbit anda. Pastikan nombor telefon yang betul sewaktu mendaftar, okay. 


2- Kemudian, masuk ke laman web https://eccris.bnm.gov.my dan pilih First Time Login.




3-
Kemudian, masukkan nombor IC serta nombor PIN yang telah di SMS sebelum ini. Dari situ, anda perlu create Username, Password dan Security Phase. Password mestilah gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol seperti %&$#! (no, I'm not cursing).



4-
Setelah proses tersebut selesai, anda akan terima satu lagi SMS menandakan akaun anda telah berjaya diaktifkan. Lepas tu, boleh la Log In semula untuk lihat laporan kredit anda.



5-
Untuk menyemak laporan kredit, anda perlu pilih butang Enquiry (seperti dalam gambar) dan klik Self-Inquiry - Individual.



6- Anda akan dibawa ke page seperti di bawah. Tandakan 'I Agree' dan klik 'Report Enquiry'. Selesai,


Mudah, kan? Percuma pulak tu. 


Kat sini ada video ringkas untuk menerangkan langkah-langkah untuk membuat semakan kredit CCRIS online. Dah lama rupanya awareness ni, tapi I je yang tak tau. Mungkin pernah tahu tapi tak pernah pun nak buat. Nasib baik lah hari tu terlebih rajin.

Okay, dah. Pi buat akaun CCRIS online. Jangan cakap I ols tak payung.



...Nkay
sesekali tertinggal keretapi

Julai 2019


Comments

Popular posts from this blog

Disebalik Lirik Anak-Anak Kita - Karya Dato' M.Nasir

7 Aktiviti Untuk 'Me Time' Yang Berkualiti

Basic Skincare Routine untuk Newbie