Hatyai, I'm in Love (Day 2)
Day 2 - Full Day Trip
It's another morning. Alhamdulillah.
Sebenarnya untuk hari kedua, I dah charter tuktuk untuk 1 day trip dengan Abang Arie. Dapat nombor handphone dia dari Facebook. Seminggu dua sebelum trip dah memang contact beberapa driver tuktuk untuk tanya pakej. So far, Abang Arie bagi rate paling rendah dalam THB1,200 walaupun standard rate adalah THB1,500. I bargain pun sebab kami berdua je. Kalau ramai dan penuh tuktuk, dah okay sangat harga tu. Tak payah la tawar lebih-lebih..kesian Abang Arie pun cari makan. Jauh tempat yang dia bawa tu.
Awal pagi dalam jam 8.30am dia pick-up kat hotel terus ke Chabura Dim Sum untuk sarapan. Sebelah restoren tu ada 7 Eleven yang besar dan sangat menarik perhatian. Tapi takpe, makan dulu. Sabar ye, mata.
Mula-mula agak kekok sebab tak tau nak order apa bila nampak banyak giler dim sum kecil-kecil kat depan mata. Teruja sampai mampu sengih je. So, duduk dulu..bawa bertenang sambil cuba belek menu sebaik mungkin. Selak menu nampak Thai Green Tea. Ok, order tu dulu sebab memang dah niat nak minum Thai Iced Tea & Green Tea sahaja kat Thailand ni. Lepas order, terus kitorang menapak ke tempat dim sum sambil ambil video dan gambar. Konsep dia, pilih je nak yang mana - ada yang THB20 (kecil) dan THB50 (besar). Lepas tu, pass dekat waiter dan dia akan hidangkan bila dah masak. Waktu pilih tu rasa macam sikit je tapi bila dah terhidang atas meja, amboi boleh habis ke?
Sedap wey |
Mestilah boleh sebab kami dah tak order makanan lain. Dengarnya, menu-menu lain pun sedap. Mungkin kalau ada rezeki ke sana lagi, boleh la order makanan lain. Dim sum dia memang sedap, kena dengan tekak. Memang lah takkan sama macam makan kat Dolly Dim Sum di Malaysia tapi pilihan dia banyak sampai jadi keliru. Risau terambil banyak, alih-alih membazir. Pilih la ikut kesedapan tekak, bukan pada paras rupa kecantikan dim sum tu. Haha.
Tempting kan? |
Okay, done breakfast. Seterusnya, perjalanan pun bermula. Tempat pertama yang dituju adalah Hatyai Plaza Trade Centre or 'Pasar'. Bukan dalam plan tapi best dapat berlegar-legar dalam plaza ni. Ni antara plaza tertua. Banyak giler barang daripada barang basah, sayur dan buah yang segar sehingga ke pakaian yang bermacam fesyen. Baju kurung pun ada tau. I tak beli apa pun sebab tak bawa duit lebih untuk shopping. Hehehe. Yan ada juga beli baju. Memang lawa dan murah. Rugi kalau tak beli.
Ye, terasa juga ruginya. Tapi takpe, ada alasan untuk repeat.
Usai satu tempat, kami ke lokasi seterusnya - kilang gajus yang dipanggil Ranu Kohyo. Tempat ni merupakan retail & wholesale untuk produk-produk tempatan terutamanya kekacang. Banyak sangat kacang yang gemuk-gemuk kat sini. Badam dan gajus antara yang paling menarik perhatian. Barang-barang kering dan jeruk pun ada juga. I beli kacang sepat dan beberapa jenis makanan kering yang lain. Tak sempat pula snap gambar.
Ranu Kohyu ni selalunya tempat wajib yang akan kita singgah kalau charter Tuk Tuk. Sesetengah orang cakap, kacang-kacang kat sini lagi murah dari tempat lain or even pasar. So, sesiapa yang dah singgah sini, beli lah barang satu ada dua item untuk dibawa pulang atau nak makan terus pun boleh.
Antara tempat wajib singgah seterusnya adalah BigBee Hatyai, kebun lebah. Kat sini dah tentu lah ada lebah yang banyak, yang berterbangan dan tanpa kita sedari akan singgah menyapa kita. Jangan panik. Relax je sambil berdoa agar tak kena sengat dengan lebah tu ye. Hahaha. Sebenarnya, aunty yang kerja kat sini cakap waktu panas lebah akan keluar terbang lagi banyak daripada selalu. Kalau kena sengat, boleh tahan sakitnya. Lama pulak tu nak sembuh. Huhuhu. Nasib baiklah kitorang hari tu selamat.
Dah habis jalan tengok lebah, singgah kedai dia pulak. Macam-macam makanan dan kosmetik hasil daripada madu lebah dijual. Air madu dia pergghhhh sedap giler. Dah la sejuk, minum pulak time panas terik, memang menjadi. Menjadi hilang kehausan tekak. Disebabkan sedap, I tapau sebotol. Aiskrim pun ada jual tapi...dah kenyang.
Setelah puas ambil angin aircond dari kedai, kami teruskan perjalanan. Kali ni, terasa jauhnya sebab Abang Arie terus bawa ke Songkhla. Tapi sebelum tu dia singgah solat zohor dulu. Best betul layan angin luar. Tadi tak rasa sangat sebab banyak persinggahan. Kali ni, lebih setengah jam perjalanan, sempat nampak The Sleeping Budha. Sambil layan perasaan, sedar-sedar tuktuk berhenti. Eh?
Panjang je barisan. Nak ke mana?
So, okay dah cross laut. Sekejap je lepas tu dah nampak rupa pantai. Dah boleh hidu bau pantai. Mesti dah dekat dengan Samila Beach. Sebelum sampai sana, Abang Arie berhenti kat satu tempat yang ada gerai Coconut Ice Cream. OMG! Memang yang ni la I duk target. Ada lebih kurang 3 gerai area sini yang jual Coconut Ice Cream. Pilih je mana yang best. Memandangkan di situ ada satu lagi port bergambar, kitorang pergi bergambar dulu lah. Tempat ni ada tugu 'The Great Serpent "Nag", atau tugu Naga. Ini antara tarikan pelancong.
Puas bergambar, siap jadi photographer untuk tourist lain maka...ice cream time!
Serious sedap. Ada banyak lapisan aksesori sebelum dia letak ice cream tu. Akak tu siap bagi air kelapa percuma. Dah la murah. Harga bermula dari THB20. Coconut Ice Cream berharga THB35 untuk satu kepuasan yang sampai sekarang tak boleh lupa.
Next, the famous Samila Beach and of course, it's Golden Mermaid statue. Rasanya banyak masa spent kat sini. Walaupun panas, kami layan kan je. Cantik tempatnya. Macam-macam gerai jualan ada. Kalau lah tak kenyang sangat...
Pantai Samila ni penuh orang sebab banyak aktiviti boleh buat. Ada kuda & playground untuk anak-anak bermain. Ada gerai makanan dan kedai-kedai jual baju berdekatan je dengan pantai tu. Ada juga yang mandi, tapi wife Abang Arie cakap situ tak berapa selamat sebab pantai dia ada slope.
Dah selesai bergambar, lepak, makan angin, window shopping semua... kitorang pun cari Abang Arie dan family. Waktu tu pun dah lewat petang. Dah tak sempat nak singgah tempat lain pun. Kami pun cuma nak pergi ASEAN Night Bazaar dan makan malam. Itu je plan yang tinggal. Badan pun dah penat. So, goodbye Samila Beach. Best tempat ni..boleh datang lagi. Boleh tidur dekat hotel, spend satu hari kat sini. Banyak hotel dia. Happening juga.
Tengok jam, belum solat ni. So, Abang Arie bawa pergi ke Songkhla Mosque yang tak jauh dari situ. Kami buat jama' ta'khir kat masjid yang luas dan cantik tu. Tempat wudu' pun kemain besar dan cantik. Siap ada tempat duduk.
Habis solat, kami bergambar sepuasnya. Lepas tu Abang Arie bawa ke satu port untuk gambar yang lagi lawa which is dari depan masjid. Depan masjid ada tasik yang luas..so dari jauh memang nampak macam terapung. Lawanya, Masyaallah. Dah la kebetulan nak sunset. Pakai pulak Huawei Yan. Memang gempak gambar. Tak payah edit dah. No wonder pelancong gelar The Floating Mosque.
Dah puas melayan keindahan ciptaan Tuhan, kami pun gerak cari dinner. Sebelum tu Abang Arie hantar wife & anak dia balik rumah dulu. Tak jauh rupanya Masjid Songkhla dengan Hatyai town. Kejap je dah sampai kat 7E sebelah Chabura Dim Sum tu. Shopping apa yang patut sebelum dinner. Lepas tu, singgah dinner di Kad Toi Decha.
Kai Tod Decha. Lighting camera out. |
Anddd.. dia punya Iced Tea pun super sedap, lemak berkrim bagai. (Nangis lagi)
Sebenarnya banyak makanan kat sini tapi yang popular dan most recommended adalah 'Fried Chicken with Yellow Rice' - Nasi ayam la. Ayam goreng saja pun ada jual. Kalau nak makan dengan pulut pun boleh. Order je.... Makan puas-puas supaya tak teringat sampai dalam mimpi. Nasi ayam dia simple je tapi disebabkan ayam goreng tu sedap, tambah-tambah kalau panas, so kita lupakan je lah ke'biasa'an nasi tu. Ditambah pulak dengan Iced Tea yang berbuih tinggi macamtu. Pergh. What a pair!
As usual, lepas makan confirm penat & mengantuk. Kombo macamtu membuatkan kami rasa malas sangat nak jalan-jalan ke ASEAN Night Bazaar. Mujur Abang Arie offer untuk hantar balik hotel dulu & pick-up semula lepas selesai mandi & solat. Yelah, dia pun nak solat. So, dalam jam 8.30 pm kami keluar semula untuk destinasi terakhir. Tak jauh sebenarnya. Abang Arie hantar kami ke sana dan kami balik sendiri je lepas tu. Dari bazaar tu senang dapat tuktuk. THB30 je sorang untuk balik hotel.
Kami pun tak lepak lama sangat sebab tempat tu tutup sebelum jam 12 am. I target nak habiskan sikit lagi duit yang ada dan simpan sikit untuk belanja esoknya. So, I cuma hunting baju dan barang yang berharga THB100 dan kebawah. Kalau takde tu, maknanya tak beli lah.
ASEAN Night Bazaar ni boleh dikatakan mensasarkan golongan muda sebab fashion-fashion pakaian dan aksesori kat situ kebanyakkannya untuk orang muda. Banyak trend-trend K-Pop kat situ. Disebabkan I ni muda dan berjiwa muda, maka sesuai lah tempat tu dengan I. Kah!
Puas juga cuci mata kat situ. Baju dia lawa-lawa dan kualiti pun sangat elok. Harga berbaloi. Banyak pilihan dan trend. Rasanya boleh dapat trend yang sama kat KL ni tapi mungkin harga berbeza ataupun kualiti berlainan.
Tengah berjalan, dahaga pula. Teringat dekat Thai Iced Tea, so kami naik ke tingkat 2 sebab kat atas tu ada tempat makan. Kat situ ramai orang. Kedai pun banyak. Nasib baik dah kenyang, kalau tak mahu rambang mata nak pilih makanan. Ramai juga yang recommend untuk makan kat sini tapi perut tak mampu nak masuk dah. Lagipun, waktu tu banyak kedai dah tutup sebab dah lewat malam. Kedai yang jual Teh Ais sedap pun dah tutup. Sedih. Kami cari kat kedai lain, paksa dia buat yang paling sedap la. haha.
Agak-agak kedai pun dah mula tutup satu persatu, kami pun bersedia nak balik hotel. Cari tuktuk betul-betul dekat tugu besar ASEAN Night Bazaar tu. Lepas tu akan ada orang yang queue kan kita untuk setiap tuktuk. Bayar tambang, dan dia akan hantar ke hotel. Senang.
Kebetulan tuktuk tu turunkan kami betul-betul dengan massage parlor berdekatan hotel. Apa lagi, kan. Badan pun memang dah keletihan. Lagipun rugi kalau datang tak massage dekat Thailand ni. Kat sini murah. Thai Massage satu badan dalam THB40. Ni siap dengan lipat-lipat badan semua lah. Scary jugak. Tapi dah selesai tu, memang ringan sikit badan. Tambah nak bawa backpack besar esok. Puas hati. Baru boleh tidur lena.
Malam tu juga packing bag supaya tak rushing esok pagi. Nak pergi ke Aiport macamana tak tahu lagi. Esok je lah fikir. 😋
Okay, ni summary full day trip:
- Breakfast di Chabura Dim Sum
- Shoping di Hatyai Plaza Trade Centre
- Visit BigBee Hatyai
- Beli kacang di Ranu Kohyo
- Makan Coconut Ice-Cream berdekatan The Great Serpent Nag
- Makan angin di Samila Beach
- Singgah solat di Songkhla Mosque
- Shopping di 7E
- Dinner di Kai Tod Decha
- Shopping di ASEAN Night Bazaar
- Massage
Sambung hari ketiga pula nanti. Untuk baca trip first day, tengok sini. Hari ketiga, klik sini.
...Nkay
nangis teringat makanan kat sana
July 2019
Comments
Post a Comment