Entri kali ni nak cerita pasal backpack trip ke Hatyai sebelum puasa hari tu. Banyak lagi trip-trip lain yang nak dikongsi tapi dulu tak rajin, ni baru nampak tahap kerajinan yang makin menjadi.
Hatyai ni ceritanya, memang dah lama rancang tapi tak kesampaian. Makin lama, makin ramai duk post di Facebook sampai lah viral pasal betapa seronoknya makan di sana. Maka, bila Yan ajak je, terus ON. Plan asal nak naik train je untuk return trip tapi memandangkan tarikh trip kami betul-betul beberapa hari sebelum Ramadhan, maka kami ambil keputusan untuk tempah tiket Air Asia untuk balik.
Hari Pertama (Selasa) - ETS & Special Train ke Hatyai
Dari KL Sentral, kami naik ETS paling awal, jam 7.05 pagi ke Padang Besar, Perlis. Padang Besar ni sempadan Hatyai. Tiket berharga RM76 satu hala untuk tiket Gold. Untuk perjalanan ke Padang Besar daripada KL Sentral, ada lebih kurang 4 perjalanan, bermula seawal jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Jadi, untuk yang merancang nak direct trip ke Padang Besar, boleh la pilih samada nak ambil yang awal pagi supaya sempat naik keretapi ke Hatyai di sebelah petang, atau ambil trip malam sebelumnya untuk naik keretapi ke Hatyai di sebelah pagi.
 |
Hatyai Trip Buddy. |
Dalam ETS baru kami beli sarapan sebab awal pagi terkejar sampai tak sempat nak cari makanan. Sepanjang perjalanan 5 jam lebih tu sempat la terlelap, layan NETFLIX dan terjaga beberapa kali sebelum sampai di Padang Besar. Memandangkan kaunter tiket untuk ke Hatyai hanya dibuka semula jam 2.30pm, kami tinggalkan beg di stesen keretapi dan jalan kaki je ke Arked Niaga Padang Besar. Tak jauh pun, dalam 15 minit ikut jalan dalam. Btw, untuk simpan beg, boleh terus ke kafeteria kat stesen keretapi tu. Kalau tak silap RM5 untuk satu beg.
Untuk ke Hatyai ada 2 trip sahaja setiap hari menaiki Special Train iaitu jam 9.55 am dan 3.40 pm waktu Malaysia. Kalau terlepas yang ni, alamatnya esok lah pula masuk sempadan. Tapi selalunya ada je servis van yang boleh bawa kita ke Hatyai cuma mahal sikit lah berbanding naik keretapi. Kalau ramai, apa salahnya - kos boleh kongsi. Tiket Special Train Hatyai boleh dibeli di Platform 2 berharga THB50 ataupun RM7 ikut rate waktu tu.
 |
Ni pejabat untuk beli tiket Special Train |
Selesai beli tiket, tunggulah sehingga pintu untuk ke Immigration Check Point dibuka. Kalau baca daripada blog-blog lain, ramai yang suruh beratur siap-siap di check point tu, sementara seorang lagi boleh beratur untuk beli tiket. Memandangkan kami pergi hari Selasa, takdelah beratur panjang sangat untuk beli tiket.Cuma bab imigresen tu memang betul, lebih baik berada di barisan depan sebab boleh pilih seat dalam keretapi nanti. Hari minggu confirm ramai manusia, dan dengarnya kadang-kadang seat pun tak cukup. Hmmm...
 |
Maklumat Perjalanan Special Train |
Yang menarik pasal Special Train ni - klasik!
Tak ada aircond. Hanya kipas dan tingkap yang besar. Seronok dapat layan angin yang bukan sepoi-sepoi bahasa dah. Lepas tu, selang beberapa minit akan ada bunyi macam keretapi lama tu...tuttt tutttt.. Kerusi dia tak berapa selesa tapi takdelah keras. Kiranya untuk perjalanan lebih kurang sejam tu bolehlah..takdelah kematu sangat. Sampai separuh perjalanan, hujan pula. Kelam kabut tutup tingkap risau tempias. Lepas tu sampai satu tempat, panas semula sampai lah tiba ke destinasi. Sempat juga la terlelap seminit dua.
Ini rupa kerusi di dalam tren.

Inilah rupa tren klasik tu. Sempat snap gambar ni je. 😅
Okay, selamat tiba Hatyai Junction. Perkara pertama, ambil gambar sebab dah tak singgah sini dah lepas ni. Kemudian, cari simkad. Orang-orang situ sangat peramah dan ramai yang fasih berbahasa melayu. Simkad di sini takdelah mahal sangat; dalam THB200 ke THB250. Kami dapat THB200 dan berjaya tawar sehingga THB180. Alhamdulillah rezeki. Line Dtac, unlimited data untuk 5 hari. Lebih dari cukup. Nak buat panggilan telefon boleh guna Whatsapp atau Face Time je. Cik Kak yang jual simkad ni pun baik, banyak dia advice pasal harga tuktuk.
Perut dah lapar semula walaupun sempat makan di Padang Besar, badan pun penat. So, kami cepat-cepat cari tuktuk untuk ke hotel. Kalau ikutkan Google Map, tak jauh pun hotel tu tapi tak kuasa nak jalan. First day kot, confirm sesat. Kami berjaya dapatkan tuktuk ke hotel dengan tambang THB20 seorang. Kurang 30 minit dah sampai di Hotel Golden Crown. Rasanya ni 3 Star Hotel yang dapat penarafan Halal, tapi tak rasa pun makanan dia sebab tak ambil pakej sarapan.
Alhamdulillah bilik besar dan sangat selesa. Harga untuk 3 hari 2 malam RM214 tempah di Agoda.com. Mungkin harga untuk hari minggu mahal sikit. Hotel ni sebenarnya walking distance untuk ke Lee Garden Plaza dan Night Bazaar tapi kami tersalah jalan, so rasa macam jauh. Haha. Disekitar hotel ada massage parlor dan 7 Eleven. Dua-dua best. Ni gambar hotel dan bilik.
 |
Sebelah Depan. Untuk yang drive, parking disediakan |
 |
Lobby |
 |
Twin Bed |
 |
Tandas dia OK |
 |
Bath Tub pun ada |
Malam tu, lepas berehat, mandi dan solat Maghrib, kami keluar untuk cari makan di Night Bazaar, sebelah Lee Garden Plaza. Kalau tengok gambar di google dan video di You Tube, happening juga Night Bazaar tu, siap ada signboard bagai...tapi bila sampai tak nampak pula signboard. Mungkin salah arah kot. Tempat tu memang happening walapun bukan malam minggu. Banyak kedai makan termasuk gerai makanan Halal. Senang giler nak makan kat sini. Stress tengok semua benda sebab kalau ikutkan semua pun nak beli dan makan tapi sedar diri, bukan boleh habis pun. Lagipun, itu baru malam yang pertama.
Kami sempat la jalan-jalan dalam Lee Garden Plaza tapi rasanya tak ada yang menarik sangat. Takde niat nak shopping pun, cuma nak cari sehelai baju buat pakai esok hari...sebab rupanya hotel tak sediakan seterika 😑 Ingat ye, kawan-kawan. Tak ada seterika.
Lee Garden Plaza ni sebenarnya mall yang macam Berjaya Times Square di KL. Sebelah dia ada Hotel Lee Garden. Selalunya orang Malaysia memang akan booking di Lee Garden Hotel sebab dekat dengan tempat makan. Harga boleh sampai RM300 untuk satu malam. Mahal sikit la, tengah town. Sebelah luar plaza, banyak gerai makan macam hawker street. Tapi ni hawker street yang berstruktur. Kemas dan bersih.

Macam-macam boleh makan. Udang galah, serendah THB100 untuk 3 ekor yang besar (jenuh makan sorang sebab Yan alergik), Pancake dengan topping yang best, Aiskrim Kelapa, Masakan Panas, Sotong Bakar yang bau semerbak dari jauh, Oyster yang super sedap berharga THB100, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Pad Thai, Green Tea & Thai Iced Tea. Sebenarnya banyak lagi.
Seeloknya, biarlah betul-betul lapar sebelum makan. Berjalan dan window shopping puas-puas, baru berhenti makan untuk menikmati makan malam yang menyelerakan. Sambil duk taip ni, boleh tahan menangis dalam hati sebab teringat makanan kat sana. Nah, silakan cuci mata.
 |
Udang Besar - harga bermula THB100 |
 |
Pancake topping Pisang |
 |
Coconut Ice Cream - THB50 |
Lepas dah berjaya beli sehelai baju, udang dan pancake, kami akhirnya bersedia untuk ngap semuanya. Maka, kami makan di Jasmita Halal Food, gerai hujung sekali depan Lee Garden Plaza. Landmark dia, ada McDonalds sebaris dgn gerai tu. Dari jauh dah bau kesedapan Fried Oyster dia, so itu yang pertama I order. Yan order Pad Thai & Pulut Mangga. Kecur lidah wey.
 |
Gerai Makan |
 |
Dinner TERBAIK |
Dah kenyang, kami pulang ke pangkal jalan. Sebelum sampai hotel, sempat la singgah 7 Eleven yang melambai-lambai je dari jelingan pertama tengahari tadi. Cuci mata sambil survey harga. Tak dapat move on sebab 7E kat situ terlajak best. Semua barang best. I mean, why...? Why not here. Kan.
Balik hotel, borak barang seminit dua, menguap berkali-kali, lepas tu lena. Esok, ada full-day trip untuk jelajah Hatyai dan Songkhla. Goodnight.
Bersambung ke
Day 2. Before that, ni summary untuk First Day:
- Depart dari KL Sentral ke Padang Besar menaiki ETS
- Lunch & Window Shopping di Padang Besar
- Padang Besar ke Hatyai menaiki Classic Train
- Hatyai Junction ke Hotel
- Shopping & Dinner berdekatan Lee Garden Plaza
Untuk tengok aktiviti Hari ke-3 & Cost Summary, klik
Day 3.
...Nkay
tak sabar nak repeat Hatyai
Julai 2019
Comments
Post a Comment