Basic Skincare Routine untuk Newbie
Skincare ni memang topik favorite I tambah-tambah kalau orang minta tips atau pendapat. Sebab nya, I sendiri dah melalui proses menambahbaik kulit muka yang dulu banyak acne, jerawat pasir dan fine lines (sebab suka berkerut macam banyak giler masalah). So, entri ni nak cerita sikit pasal Skincare Routine yang I dah amalkan dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa.
Perlu ke tambah baik? Yes, why not.
![]() |
Some of the Products I used for my Skincare Routine |
Perlu ke tambah baik? Yes, why not.
Sekarang my basic routine dah okay so I nak fokus untuk pores pulak. Maybe nanti kalau I rasa nak achieve glass skin goal pula, so my routine akan ditambah (atau dikurangkan) ikut sasaran. Cuma, untuk permulaan, asas rutin tu kena kukuh dulu. Trust me, it's not gonna be an instant result. Proses akan makan masa walaupun kulit tak ada masalah. Macam I, halangan utama adalah kurang rajin, sebab tu makan masa untuk betul-betul puas hati. Hahaha.
But first, here are some disclaimer:
1 - This is gonna be Korean Skincare Routine. I rasa rutin dia sesuai dengan kita, Asian. Even now, western people pun duk start terikut dengan Korean Skincare Routine.
2 - I bukan pakar, tau. I start ikut rutin ni setelah baca few blogs, articles, tweet handle, You Tube & even IG yang dikongsi oleh beauty enthusiast, Image Consultant and some skincare brands and ambassador.
3 - My skin tak ada isu sangat pun cuma dulu ada acne, kulit kasar, kering, tone tak sekata, visible lines and pores dan selalu breakout. Eh? Takde isu apa nya macamni. Huhu. Sejujurnya, sekarang masih ada jerawat kecil-kecil yang menyinggah tapi overall skin condition is way better.
4 - Entri ni tak berniat nak tiru mana-mana entri lain dalam socmed tapi disebabkan Korean Skincare Routine ni adalah topik hot, maka content mungkin dan pasti sama dengan post-post lain. It's the in-thing, beb. Tapi nanti I share beberapa page yang best untuk U guys follow.
Okay. Kita start step by step.
![]() |
Korean Skincare Routine |
Jangan terkejut. Korean Skincare Routine memang ada 10 steps tapi tak semestinya kita kena buat semua there and then. Jenuh la, terutamanya untuk beginner. Jadi, kita ikut style Iman Abdul Rahim - untuk beginner buat 5 je dulu iaitu Cleanse, Exfoliate, Toner, Moisturizer & Sunblock/Sunscreen. Mudah, kan?
I pun memang bermula dengan 5 Basic Steps ni dan tambah sikit-sikit. Buat sendiri skincare routine ikut kesesuaian masa dan kulit tapi kalau boleh jangan skip rutin asas.
1 - Cleanser
Ada 2 cara iaitu water based cleanser, pencuci muka biasa yang selalu kita pakai samada foam ataupun tak dan Oil-based cleanser yang berasaskan minyak. Sebelah pagi, cuci dengan water based cleanser saja manakala sebelah malam tambah lagi satu step yang dipanggil double cleansing.
Pagi : Water based cleanser
Malam : Oil-based Cleanser diikuti Water Based Cleanser
Rasionalnya, pencuci muka berasaskan minyak akan mengeluarkan kotoran yang berasaskan minyak yang tak dapat ditanggalkan dengan pencuci muka biasa. Sebab itu kita perlukan Oil-Based Cleanser disebelah malam supaya segala kotoran yang kita dah absorb dari awal pagi dapat dikeluarkan.
Produk yang I guna:
- Water Based Cleanser : Hada Labo Hydrating Face Wash
- Oil-Based Cleanser: Hada Labo Cleansing Oil & Simple Hydrating Cleansing Oil
2 - Exfoliate
Walaupun dah buat double cleansing, masih ada sisa-sisa kotoran yang tersumbat di dalam pori yang boleh menyebabkan segala whiteheads, blackheads, pores tersumbat dan akhirnya jadi jerawat. Urghhh tak best. Jadi, kita exfoliate.
Exfoliate ada 2 cara. Kita mungkin dah biasa dengar scrub kan? Okay, itu Physical Exfoliate. I akan buat scrub sekali je dalam seminggu sebab kulit I jenis dry so risau terlebih kering pula nanti.
Yang kedua, Chemical Exfoliate iaitu yang ada bahan-bahan macam AHA/BHA yang memang kena letak atas kulit untuk pull the dirt out. Since I pun baru je start rutin ni dalam beberapa bulan yang lepas untuk kecilkan pores, maka I pun tak pandai sangat bab ni. Buat masa sekarang, I akan buat setiap hujung minggu sahaja. Kalau ikutkan apa yang I baca, beginner yang masih belum kuat rutin skincare asas, kurang sesuai untuk masukkan step chemical exfoliate ni sebab risau breakout.
Produk yang I guna:
- Physical Exfoliate: St. Ives Oatmeal Scrub + Mask
- Chemical Exfoliate: COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner
3 - Toner/Lotion
Step ini memang I tak pernah tinggal. Toner ataupun Lotion bagi sesetengah produk daripada Jepun atau Korea merupakan langkah pertama untuk prep muka sebelum letak makeup. Toner ni antara benda yang tak akan ditinggalkan oleh orang Korea kerana ianya penting untuk bagi hydrate kulit selain buang kekotoran dan memudahkan makeup untuk absorb.
Cara pakai toner mudah je - letak atas kapas atau guna jari jemari untuk dab kat muka. I suka massage muka waktu letak toner. Pastikan waktu massage tu ikut urutan bawah ke atas untuk sentiasa tegangkan kulit wajah. Gitu.
Produk yang I guna:
- Hada Labo Hydrating Lotion (Gokujyun)
- Hada Labo Premium Whitening Lotion (Rich)
4 - Moisturizer
Sangat penting untuk melembapkan kulit. Dulu I tak suka moisturizer sebab selalunya kulit akan jadi cakey (bercapuk?) bila pakai CC Cream atau bedak. Rupanya, bila dah jumpa moisturizer yang sesuai dan bedak asas yang sesuai tak kiralah CC Cream ataupun Foundation, kulit muka boleh nampak flawless je. I mean, takde lah nampak sangat macam pakai berkilo bedak.
Untuk Oily Skin, seeloknya pilih Moisturizer yang berasaskan air atau Water Gel manakala kulit Dry, boleh pakai jenis krim. Like me, I pakai both water gel & cream sebab so far dua-dua okay.Yang penting, step ni kena ada untuk make sure kulit muka kita sentiasa lembap.
Produk yang I guna:
- Hada Labo Premium Water Gel
- Muji Mositurizing Milk (emptied)
- Innisfree Soybean Energy Cream
- Faszbeauty Vitamin C Gel Moisturizer (emptied)
5 - Sunblock/Sunscreen
This is a must. Selain nak elak daripada sunburn (melainkan you purposely nak tanned), ia juga penting untuk melindungi kulit kita daripada skin cancer. Trust me, kalau pergi jumpa beautician ke, pakar kulit ke semua akan suruh pakai sunscreen. Bukan apa, pigmentation atau jeragat yang naik kat muka tu sebab kita tak lindung dia dengan SPF yang cukup. Lama-lama kulit nampak kering dan dull. That's what happened to me previously.
Bila kulit kering, pakai concealer tebal macamana pun kulit akan nampak kasar. Garis-garis penuaan pun mula lah menunjukkan diri. Lama-lama kulit wajah berkedut bukan sebab faktor usia, tapi sebab kita tak jaga kulit betul-betul. Oh no!
So, don't skip the protection part ha. Kalau ikutkan, SPF 30 dah cukup untuk kulit muka tapi kebanyakkan produk yang ada di drugstore sekarang dah SPF 50. Lagi senang. Harga pun tak mahal sangat, bawah RM20 dah boleh dapat.
Produk yang I guna:
- Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF50
- Biore UV Perfect Block Milk Moisturizer SPF50 (emptied)
- True Island Honey Bee UV Sun Protector SPF50
Okay, dah selesai 5 langkah asas skincare routine. Habis tu, 5 lagi bila nak buat? Haha.
Macamni, step lain tu boleh dimasukkan dalam rutin siang dan malam ikut kesesuaian. Contohnya, I akan pakai Sheet Mask 2 kali seminggu di sebelah malam dan Eye Cream hampir setiap malam sebelum tidur.
Untuk Essence pula I memang dah nak start masukkan step ni tapi masih tercari-cari produk yang sesuai. Essence ni tujuan dia sebagai extra support untuk hydrate kan kulit dan membantu di dalam mengembalikan keremajaan kulit. Sebab tu bahan-bahan dalam Essence selalunya ada elemen anti-aging. Sekarang ni I tengah consider sama ada L'oreal Centella Water ataupun Bio-Essence.
Treatment pula bukan tak penting, cuma step ni lebih bersasar untuk masalah kulit yang lebih spesifik. Antara produknya adalah Serum, Ampule & Booster. Macam I dah cuba beberapa jenis serum tapi semuanya tak sesuai kerana menyebabkan kulit jadi kering. So, I tak rasa I perlukan step ni lagi buat masa sekarang.
Bila dah ada produk untuk semua langkah ni, boleh la buat sendiri rutin tu. Yang ni rutin I, which memang I dah buat dalam bentuk checklist dan tampal kat notice board supaya tak lupa. Step yang selalu lupa adalah sebelah malam sebab dah penat dan kurang rajin. Huhu.
Skincare Routine PAGI
- Water Based Cleanser
- Toner
- Moisturizer
- Sunscreen
*lepas cuci & prep kulit, pakai la makeup
Skincare Routine MALAM
- Makeup Remover
- Oil-Based Cleanser
- Water Based Cleanser
- Scrub (seminggu sekali)
- Clay Mask (seminggu sekali)
- Sheet Mask (2 kali seminggu)
- Night Cream (Moisturizer)
- Eye Cream
*Clay Mask dengan Scrub tu seminggu sekali je selang seli. Jarakkan hari sebab risau too dry
* I akan bagi rest kulit 2 kali seminggu. Tak pakai apa-apa malam tu...just double cleansing
![]() |
My favorite! Sheet Mask & Clay Mask |
Banyak kerja, kan? Hahahaha. Memang awal-awal dulu I fikir yang sama tapi bila dah biasa, okay je. Cuma sesekali bila dah penat sangat, rutin malam memang kelaut. Apa-apa pun, bila dah mulakan biarlah konsisten.
Nanti I akan cuba review produk-produk yang I guna kat entri lain. Semuanya produk drugstore. Itupun bercinta juga nak dapat complete set. My preference adalah produk Jepun dan Korea sebab I rasa sangat-sangat sesuai dengan kulit. I'm glad I found 'em.
Selamat mencuba skincare routine, ye. One step at a time. Those yang ada masa, boleh la baca blog Iman Abdul Rahim, Soko Glam & Puan Mary (Misi Kulit Korea) dan follow IG skincareaddictmy & delightfullydewy yang banyak buat produk review.
Till then.
...Nkay
bila lah boleh dapat glass skin
July 2019
Hi. Klu mlm nk pki cleanser-exfoliate-toner-moisturizer je boleh ke? Klu tak pki oil-based cleanser boleh kan? And perlu ke mlm pki exfoliate? I beginner. Hope you can share your opinion😊
ReplyDelete