Hatyai, I'm in Love (Day 3)

Final day.

Cepat betul setiap jam dan minit berlalu. Dah pagi. Hmmm... termenung kejap atas katil sebab tak bersedia nak balik KL. Tak puas. Banyak lagi tempat tak sempat explore. Katil pun best...

Pagi tu kami breakfast di dalam bilik je sebab dah beli makanan di 7E hari sebelum tu. Senang, boleh berehat lama sikit. Sempat la layan movie sambil bersiap-siap.

Hari ketiga kami dah tak ada tempat untuk melawat melainkan Airport. Memandangkan tak dapat menghubungi mana-mana tuktuk dan shuttle dari hotel pun mahal, maka kami book Grab untuk ke sana. Nasib baik I rajin baca FB post orang lain yang dah pernah ke sini. So, dapat la idea untuk guna Grab Promo Code. Cari punya cari, try promo code 'HATYAI', dapat 50% discount, maksimum THB50. Tambang asal THB260 dari hotel ke Hatyai Airport, tolak discount tinggal THB210. Syarat untuk pakai promo code, mestilah first time user. Maka, pandai-pandailah.




Sebenarnya jauh juga perjalanan nak ke Airport. Lebih kurang satu jam..macam KL nak ke KLIA jugak la. Driver pula sejenis rajin melayan. Terisi lah juga sejam tu dengan cubaan dia nak mengorat Yan tapi tak berjaya. Kah Kah. Marah Yan kalau baca ni.


Alhamdulillah urusan check-in mudah je. Kami naik Air Asia je. Itupun tak ada promo sebab beli last minute. Harga tiket RM205 termasuk luggage untuk one-way Hatyai - KLIA2. Mahal kan? Tapi sebenarnya Bangkok lagi mahal. Kalau beli masa promo mungkin boleh dapat better price. 

Lepas check-in, jalan-jalan sekitar airport yang tak besar mana tu...tiba-tiba black out. Elok nak ambil video dalam gelap, tiba-tiba cerah semula. Tak sempat. Haha. Sementara tunggu departure time, sempat la layan secawan kopi (aktiviti wajib) kat Cafe Amazon. Black Coffee dia perghhh pekat. Taktau biji kopi dari negara mana dia guna ni. Macam Jamaican coffee yang I pernah minum dekat Ho Chin Minh & Coffea Coffee. Rasa dia bitter tang hujung lidah. Pekat & sedap. Bau pun layan. 

Black Coffee at Cafe Amazon

Lebih kurang jam 2.30pm (waktu Malaysia), kami pun perlahan-lahan terbang di awangan meninggalkan bumi Hatyai. Esoknya dah kerja jadi sedih la juga terpaksa tune otak semula untuk kembali ke realiti. Tapi kalau tak kembali ke realiti pun tak boleh sebab nak kena cari duit untuk travel, kan? Maka, terima lah realiti dengan hati yang terbuka. 

Kesimpulannya, hari ketiga ni tak ada apa-apa aktiviti melainkan perjalanan pulang. Kalau sesiapa yang nak ke Hatyai lepas ni, I cadangkan ambil sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam supaya sempat explore tempat-tempat lain macam Kim Yong Floating Market dan makan Steamboat Buffet dia yang murah tu. Floating Market ni hanya buka pada hari Jumaat hingga Ahad, jadi pastikan jangan tersilap ye. Trip kali ni, kami tak pergi pun Hatyai Park Municipal dan Cable Car dia sebab I memang tak plan nak buat outdoor activities. Mungkin lain kali kalau ada masa dan lebihan bajet, boleh la menyinggah ke situ.

By the way, untuk yang berminat nak charter Abang Arie Tuktuk untuk 1 Day Trip, boleh bagitau I. Nanti I akan share contact number dia. Highly recommended. Lagipun, dia cakap bahasa melayu, senang lah nak berkomunikasi. Nak whatsapp dia, pakai voice whatsapp je. Tuktuk dia pun lawa gila, beb. Besar, cantik dan selesa. Siap ada kipas. 



Kalau ada rezeki, I nak repeat Hatyai nak bawa my parents dengan my Pwincess tu. Kasi reward kat dia lepas habis exam UPKK. This time, I nak pergi on weekends sebab nak ke Floating Market. Mungkin hotel pun I akan ambil betul-betul sebelah Lee Garden Plaza, dekat sikit nak merayau. 

Okay, kat bawah ni I share kos yang terlibat untuk Trip ke Hatyai selama 3 hari 2 malam. Bear in mind, ini bukan trip bajet macam yang selalu viral tu sebab trip ni last minute dan berdua sahaja. Celah mana nak bajet pun tak tau. Hahaha. 

Cost Summary


  • ETS KL Sentral to Padang Besar : RM76
  • Special Train to Hatyai : THB50 
  • Hotel : RM214 (3H2M) - RM107 per pax
  • Simkad : THB180 
  • Tuktuk Hatyai Junction to Hotel : THB20 per pax
  • Tuktuk 1 Day Trip : THB1,200 - THB60 per pax
  • Massage : THB200
  • Tuktuk ASEAN Night Bazaar to Hotel : THB30 per pax
  • Grab Car to Airport : THB210 - THB105 per pax
  • Flight Air Asia One-Way Hatyai-KLIA2 : RM205
  • Bas KLIA2 to KL Sentral : RM12


*harga tak termasuk makan. Makan tak terkira. 😉

Untuk tengok perjalanan dan aktiviti hari pertama dan kedua, boleh pergi ke link ni :

Day 1 : ETS & Special Train
Day 2 : Full Day Trip

Okay, gais. Selamat berjalan & makan di Hatyai. Nanti I akan share Family Short Escape kat Keriang Hill, Kedah pula. Till then.


...Nkay
berangan next trip pula ni

July 2019

Comments

  1. hai sis boleh dapat kan contact no tuktuk sis kat hatyai tu? saya nk ke hatyai bulan 2 ni...kalau boleh sis boleh share tak contact no abang arie tu...email saya sara.syahida24@gmail.com / ws 0126108587 sara

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Disebalik Lirik Anak-Anak Kita - Karya Dato' M.Nasir

7 Aktiviti Untuk 'Me Time' Yang Berkualiti

Basic Skincare Routine untuk Newbie